"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki ditahan sepak wanita, pijak gelandangan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyepak wanita dan memijak gelandangan bertubi-tubi di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, laporan dibuat seorang pekerja wanita kedai bunga berusia 21 tahun yang turut dipukul suspek pada 12.11 tengah malam tadi.

Susulan itu, katanya, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan dan direman tiga hari sehingga Rabu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 323 serta 506 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian masih disiasat. Kami sedang mengesan gelandangan terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya menurut Harian Metro.

Satu hantaran tular di aplikasi X menceritakan kejadian seorang lelaki menyepak wanita di sebuah kedai bunga dan memijak gelandangan sedang tidur. Difahamkan, gelandangan itu mengalami pendarahan di kepala.

Tiada ulasan: