"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki berlumuran darah di bangunan UTC

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
POLIS melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat berlumuran darah di Kompleks UTC Alor Setar. FOTO Ihsan Pembaca.
POLIS melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat berlumuran darah di Kompleks UTC Alor Setar. FOTO Ihsan Pembaca.
Alor Setar: Mayat lelaki ditemui terbaring dan berlumuran darah di tepi pintu masuk Kompleks Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Kolam Air di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan penemuan itu pada 10.15 pagi daripada orang awam.

Katanya, ketika kejadian, saksi berusia 25 tahun itu sedang menunggu kenderaan e-Hailing melihat mangsa terbaring dekat saluran pendingin hawa dan mengesyaki dia sudah meninggal dunia.

"Polis melakukan siasatan di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata, setakat ini identiti lelaki itu sedang dikenal pasti.

Tiada ulasan: