"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menyanggah hujah Ahmad Fadhli Shaari berkenaan himpunan

HarapanDaily.com

K PRAGALATH

Undang-undang digubal untuk semua orang dan bukannya sesuatu yang boleh diubah sewenang-wenangnya.

Malangnya Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) jahil berkenaan menggesa kerajaan memudahkan proses agar Pemuda Perikatan Nasional boleh mengadakan himpunan protes mereka pada Hari Malaysia.

“Tak ramai pun yang berhimpun. Kalau datang 10,000 orang pun tidak cukup untuk menggoncangkan kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat

“Jadi tidak apalah kita berhimpun. Saya ahli parlimen buat undang-undang tidak berkonfrontasi dengan pihak polis, pihak berkuasa tetapi kita minta pihak kerajaan permudahakanlah urusan untuk berhimpun.

“Kalau nak tukar tempat kami tukar tempat dan sebagainya sekadar untuk meluahkan rasa bahawa rakyat tak puas hati dengan isu pengurusan undang-undang pada hari ini,” kata ketua Pemuda PN itu memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan peruntukan seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (PAA), penganjur perlu memaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan himpunan lima hari sebelum himpunan dilangsungkan.

Jika ikut logiknya, Fadhli sepatutnya memaklumkan perkara di atas kepada pihak berwajib semalam – lima hari sebelum Sept 16.

Berkenaan dengan perkara memudahkan penganjur, sebenarnya kerajaan telahpun memudahkan keperluan penganjuran dengan mengurangkan tempoh waktu pemakluman dari sepuluh hari kepada lima hari.

Oleh itu tidak timbul persoalan bahawa kerajaan tidak mempermudahkan penganjuran perhimpunan.

Untuk rekod Pemuda Perikatan Nasional menganjurkan himpunan protes ‘Gerakan Selamatkan Malaysia’ pada 16 September di hadapan McDonalds Bukit Bintang pada pukul 2.30 petang.

Peringatan telah pun diberi oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay semalam.

Tiada ulasan: