"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat himpunan ‘Selamatkan Malaysia’ Pemuda PN

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung himpunan “Selamatkan Malaysia” dirancang Pemuda Perikatan Nasional (PN) di Kuala Lumpur 16 Sept ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan semalam di IPD Dang Wangi berkenaan satu paparan klip video di TikTok oleh seorang individu yang menyeru orang ramai turun berhimpun di Kompleks Sogo.

“Satu kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Setakat ini sebanyak lima laporan polis diterima berkenaan paparan klip video tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis juga mengambil keterangan dua individu bagi membantu siasatan manakala empat orang lagi akan diambil keterangan dalam masa terdekat.

“Polis menasihatkan orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan tindakan akan diambil kepada pihak terlibat,” katanya.

Terdahulu, FMT melaporkan Pemuda PN akan bertemu polis esok berhubung penganjuran himpunan itu, bagi membantah tindakan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata beliau dan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dipanggil akan mengambil kesempatan itu berunding dengan polis bagi memastikan himpunan berjalan aman dan lancar.

Fadhli sebelum ini mengumumkan himpunan pada Hari Malaysia itu sebagai sebahagian daripada kempen “Gerakan Selamatkan Malaysia” akan diadakan di hadapan Kompleks Sogo.

Tiada ulasan: