"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerjasama PH Johor – Muda ditamatkan serta-merta

HarapanDaily.com

K PRAGALATH

Kerjasama dengan Adun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mewakili Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz dengan Pakatan Harapan (PH) Johor ditamatkan, berkuatkuasa serta merta.

“Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa, maka saya selaku Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan turut membuat keputusan menamatkan sebarang bekerjasama dengan ADUN Puteri Wangsa di Tebrau dan dalam masa terdekat akan menyusun gerak kerja penyelarasan di DUN Puteri Wangsa,” kata Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

“Hakikatnya Muda wujud atau tidak, ada atau tiada di Malaysia, di Johor dan di Tebrau tidak memberi apa-apa makna kerana tiada beri nilai tambah kepada PH sebaliknya banyak menyusahkan dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bertujuan menyerang kepimpinan Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Puah dibuat susulan pengumuman presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memutuskan untuk tidak lagi menyokong Kerajaan Perpaduan ekoran keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari 47 tuduhan berhubung Yayasan Akal Budi.

Di peringkat DUN Johor pula, Ketua Pengimbang Dewan Undangan Negeri (DUN), Andrew Chen Kah Eng yang juga Adun Stulang memutuskan bahawa tiada lagi tempat untuk Muda di dalam blok pengimbang PH.

Puah mengibaratkan Muda bagaikan kacang lupakan kulit yang juga bertanding melawan calon Kerajaan Perpaduan di 19 kerusi DUN di dalam pilihan raya negeri di enam buah negeri.

Untuk rekod, Puteri Wangsa ialah satu-satunya DUN yang dimenangi di peringkat oleh Muda di dalam pilihan raya negeri Johor ketika masih bekerjasama dengan PH.

Tiada ulasan: