"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Geng Tasha’ tumpas, ketua wanita ditahan

FMT Reporters
Wanita berusia 25 tahun ditahan di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam, manakala dua lagi suspek ditangkap sekitar Rawang dan Sungai Buloh pada Rabu serta Khamis lalu. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Polis menumpaskan “Geng Tasha” giat memecahkan rumah di sekitar daerah Muallim selepas menahan lima individu, termasuk wanita yang mengetuai kumpulan itu.

Geng itu dikesan bergerak aktif melakukan kegiatan jenayah pada waktu siang sekitar sempadan negeri sejak tahun lalu. Difahamkan, mereka melakukan jenayah itu bagi membiayai perbicaraan kes pecah rumah dihadapi suspek di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Muallim, Hasni Mohd Nasir berkata seorang wanita berusia 25 tahun ditahan di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam, manakala dua lagi suspek ditangkap sekitar Rawang dan Sungai Buloh pada Rabu serta Khamis lalu.

Dengan penahanan itu, katanya, polis menyelesaikan dua kes pecah masuk membabitkan kerugian kira-kira RM35,000 di Taman Bernam Baru pada 23 dan 25 Ogos lalu.

“Modus operandi geng ini, mereka akan melakukan tinjauan di kawasan perumahan selama beberapa hari sebelum menyewa sebuah kereta lain untuk memecah masuk rumah mangsa menerusi pintu belakang.

“Kumpulan ini juga akan mengunci semula pintu rumah menggunakan mangga baharu hingga menyukarkan mangsa masuk rumah,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di IPD Muallim.

Beliau berkata barang kemas milik mangsa digadaikan di beberapa kedai sekitar Batu Caves dan Jengka, Pahang.

Katanya, Toyota Vios dan Perodua Myvi yang digunakan geng itu disita bersama nombor pendaftaran kenderaan palsu serta enam resit pajak gadai, selain menemui set kunci mangga, sebuah komputer riba dan peralatan seperti kuku kambing serta sarung tangan digunakan ketika kejadian.

Katanya, semua suspek berusia 23 hingga 36 tahun itu direman lapan hari sehingga Khamis ini untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengenal pasti seorang lelaki dikenali sebagai “Ah Fai” dipercayai ahli geng yang masih bebas.

Tiada ulasan: