"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas exco Melaka Jailani akan dipecat Umno, kata sumber

Elill Easwaran

PETALING JAYA: Bekas exco Melaka Jailani Khamis akan dipecat Umno, kata sumber.

Sumber itu berkata, pemecatan Adun Rembia antara agenda akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.

Pada Mac 2020, Jailani antara empat bekas Adun Pakatan Harapan (PH) Melaka yang membantu menjatuhkan kerajaan pimpinan Adly Zahari, ketika Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) membentuk pentadbiran negeri.

Beliau dipecat PKR pada April 2020 dan menyertai Umno pada Januari 2021.

Jailani salah seorang daripada dua bekas exco Melaka yang berkhidmat bawah ketua menteri terdahulu, Sulaiman Ali, tetapi tidak dilantik semula apabila Ab Rauf Yusoh mengambil alih jawatan itu pada Mac.

Beliau mengkritik pelantikan Rauf dan tidak menyokongnya sebagai ketua menteri.

Awal bulan ini, Jailani diberikan surat tunjuk sebab kerana menghadiri majlis pengumuman calon PN bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram.

Dalam surat kepada Lembaga Disiplin Umno yang dibocorkan, Jailani memohon dipecat daripada parti.

Tiada ulasan: