"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wakil rakyat Pas bergaduh dalam Whatsapp, guna istilah ‘beruk’ kepada lawannya

HarapanDaily.com

BORHAN AHMAD 
Wakil rakyat Pas bergaduh dalam Whatsapp, guna istilah ‘beruk’ kepada lawannya
Tindakan seorang ahli parlimen Pas bergaduh dengan rakyat kawasan beliau di dalam kumpulan whatapps sehingga memanggilnya sebagai ‘beruk’ telah menarik perhatian pelbagai pihak kini tular di media sosial.

Dalam petikan perbualan kumpulan whatapps yang disiarkan melalui satu akaun facebook hari ini, ahli parlimen Ketereh Brig Jeneral (B) Khlir Mohd Nor telah meminta para penyokongnya mencari orang berkenaan.

“Kurang ajar berok ni. Aku tak kenal mu. Cari menate ni,” tulis Khlir yang menang kerusi Ketereh dalam pilihan raya umum ke 15 lalu.

Ia bermula apabila salah seorang anggota kumpulan whatapps itu mempertikaikan ucapan Khlir di parlimen yang berkata beliau terpaksa menghabiskan duit sendiri untuk memberikan sedekah kepada rakyat di kawasannya kerana tiada peruntukan dari kerajaan.

“Ore atar (orang hantar) dio gi parlimen suruh suarakan dan perjuangkan masalah rakyat.

“Dio gi royat (beritahu) dio xdop pitih (tiada duit) nok melawat ore mati.

“Amboi sebagai rakyat Ketereh beraso malu buleh tok wakil babuk laguni,” tulis ahli kumpulan whatapps Agenda Rakyat Kelantan yang bernama Zulkifli Umar itu.

Zulkifli berkata lagi, “Hoi tok wakil babuk, mu nok sedekah gak memey la guno duit mu sendiri.”

Ekoran itu, Khlir yang turut berada dalam kumpulan itu telah menjawab dengan marah kepada penulis berkenaan.

“Sapo Zulkifli Umar ni. Aku nak jumpa. Mu kaki samsing dalam group ni. Kurang ajar berok ni,” tulis Khlir.

Ekoran itu, ada pihak yang cuba menegur beliau, namun tidak didengari oleh wakil rakyat Pas berkenaan.

“Sabor tok,” tulis seorang peserta group itu yang menggunakan nama Ku DK Bro.

Seorang lagi ahli kumpulan itu juga menegur beliau.

“Tak berapa comel kalau wakil rakyat bercakap macam ni…cakap macam samseng mana boleh,” tulis beliau.

Namun, Khlir menjawab “Tak apa, sebab dia ni kurang ajar.”

“Mu kaki samsing dalam group nki. Kurang ajar berok ni,” tulis beliau lagi.
Petikan pergaduhan wakil rakyat parti Pas dengan rakyat kawasannya dalam kumpulan Whatsapp.

Seorang lahi ahli kumpulan ini yang bernama Ruyusni Yunus pula menyifatkan wakil rakyat Pas yang kebetulan bekas anggota tentera ini lupa bahawa dia kini adalah wakil rakyat dan bukan lagi berkhidmat dalam tentera.

“Perangai mantan ore besar askar. Dia sero ore kena tunduk ko dia… dia masig ingta dia dalam askar,” tulis beliau yang bermaksud (Perangai bekas askar berpangkat tinggi. Dia ingat orang kena tunduk kepada dia … dia masih ingat dia dalam askar lagi.)

Khlir adalah bekas Brigedier Jeneral ketika berkhidmat dalam tentera sebelum bersara dan bertanding dalam PRU 15 lalu.

Tiada ulasan: