"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Syed Saddiq jangan lupa dulu menang sebab disokong pengundi PH

HARAPAN DAILY 

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul bahawa kemenangan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu di Parlimen Muar dicapai atas sokongan daripada pengundi PH.

Menurutnya, Saddiq menang di kerusi itu kerana adanya persefahaman dengan PH bukan atas faktor kapasiti partinya sendiri.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, DAP turut menyokong Saddiq dan menggerakkan jentera pilihan raya sepanjang kempen bagi memenangkan pemimpin muda itu.

“Saya nak beri amaran kepada Syed Saddiq, di Parlimen Muar, dia menang sebab mereka ada persefahaman dengan PH.

“Kita tak letak calon di sana. DAP sokong dan kempen kepada mereka, ia bukan kemenangan peribadi Syed Saddiq di Muar.

“Jadi, jangan lupa kemenangan dia di Muar atas persefahaman politik dengan PH. Kita beri enam kerusi kepada MUDA, tanpa ada pertandingan.

“Dia menang ketika itu atas blok PH walaupun dia tak bertanding atas logo PH,” tegasnya pada sidang media selepas Persidangan Parti DAP 2023 di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut kemenangan Perpaduan dalam PRK DUN Simpang Jeram semalam, Loke berkata, keputusan tersebut membuktikan rakyat di Johor mahukan pimpinan Menteri Besar sedia ada dikekalkan dan diteruskan.

“Saya rasa kita kena bagi kredit kepadanya (Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi).

“Dalam kajian kita, dia mempunyai tahap sokongan yang cukup tinggi daripada pengundi. Ini satu manifestasi kepada kepimpinan beliau,” tambahnya.

Terdahulu, Syed Saddiq mengundang kritikan penyokong PH apabila mahu menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan ekoran keputusan kes rasuah membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Dia tidak akan teragak-agak menilai kedudukan dalam menyokong Kerajaan Perpaduan jika tiga tuntutan parti itu berkaitan perkembangan kes membabitkan Ahmad Zahid tidak diambil tindakan susulan oleh kerajaan.

Tiada ulasan: