"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sembang kosong Haji Hadi di Parlimen

HarapanDaily.com

Banyak ‘kerengga’ duk kacau PN, tak sempat kami teliti perjanjian wang royalti
SITI NUR ZAWANI 
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan tidak adil dalam soal pengagihan hasil wang royalti kepada negeri pembangkang.

Beliau menyifatkan wang digunakan kerajaan adalah ‘wang haram’ apabila Kerajaan Pusat melanggar perjanjian yang dibuat dengan Petronas berhubung pemberian wang royalti.

“Jangan langgar perjanjian seperti ini, inill duit haram ni (sebab) melanggar perjanjian. Ini satu benda salah. Berlaku double standard antara negeri diperintah kerajaan dan pembangkang

“Padahal bila kutip cukai, negeri kerajaan dan pembangkang pun dia pungut. Bila bab agih hasil dia double standard,” katanya ketika berucap dalam perbahasan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

Ucapan beliau itu kemudian dipersoal Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) yang bertanya mengapa Abdul Hadi dan Perikatan Nasional (PN) ketika menjadi kerajaan selama dua tahun, mengapa tidak mengemaskini perjanjian terbaru dengan Petronas itu

“Tadi disebut bahawa perjanjian itu tidak pegang. Dalam 2 tahun PN perintah kenapa perjanjian itu tak dikemaskini dan kekal juga zalim pada rakyat Terengganu. Kenapa tidak ada 5 peratus royalti kepada Kerajaan Terengganu,” soalnya.

Hadi kemudian menyalahkan pihak lawan yang didakwanya ketika PN memerintah, banyak ‘kerengga-kerengga’ yang cuba menjatuhkan kerajaan sehingga mereka tidak sempat meneliti perjanjian tersebut

“Sebenarnya banyak benda kami nak urus. Masa kami memerintah dulu kerengga-kerengga banyak sangat duk kacau. Nak jatuhkan kerajaan. Masa mana nak baca perjanjian ini. Kami terpaksalah pertahankan kerajaan. Terpaksa dua tiga kali tukar PM.

“Belah kami ni banyak layak jadi PM. (Ahli Parlimen) Larut boleh, Pagoh boleh. Belah sana? Sorang je boleh jadi PM. Yang sana (kalau) datang sini boleh jadi calon PM,” jawabnya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudian bangkit mencelah dan bertanya jika Abdul Hadi mendakwa kerajaan ‘makan duit haram’, apa pula hukum apabila PN berterusan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Oh dia bagi bola tanggung. Mengikut proses demokrasi berparlimen, kerajaan boleh ditukar sama ada melalui undi tidak percaya di Parlimen, atau pun boleh dapat Akuan Bersumpah (SD) Ahli-ahli Parlimen atau kerajaan bubar (buat) pilihan raya semula

“Ini boleh buat tak salah,” jawab Abdul Hadi

Jelutong: Tapi ini dikira menghasut..

Abdul Hadi: Kalau saya salah report saya sekali lagi.

Tiada ulasan: