"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli MKT seorang ini yakin Umno boleh menang lawan PN jika bertanding solo

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menggesa parti itu ‘berpisah’ dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP pada pilihan raya, namun kekal sebahagian kerajaan perpaduan.

Isham Jalil, yang juga bekas ketua penerangan berkata, gesaan Umno bertanding solo sebagai Barisan Nasional (BN) penting dalam strategi mengembalikan semula sokongan akar umbi yang didakwa menolak kerjasama dengan DAP.

Katanya, bertanding solo pada pilihan raya pernah dilakukan Umno ketika membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

“Kita boleh kekal dalam kerajaan perpaduan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, namun kita boleh bertanding pilihan raya sebagai BN. Kita boleh menyumbang dalam hal ehwal dasar dalam kerajaan dan pada masa sama mengekalkan perjuangan asas dan mengembalikan akar umbi kita.

“Semasa kita dalam kerajaan PN dahulu, kita telah pun berada bersama dalam kerajaan namun tidak dalam pilihan raya,” katanya di Facebook.

Beliau meramalkan Umno mungkin tidak berjaya pada PRK, namun paling penting mengembalikan akar umbi.

“Sekurang-kurangnya kita ada harapan untuk memulihkan parti daripada terus jadi abu,” katanya sambil menambah parti politik tidak boleh hidup tanpa akar umbi.

“Kita perlu kembalikan akar umbi kita dan keyakinan mereka terhadap kita dan bukan dengan cara memaksa mereka, lebih-lebih lagi menyuruh mereka menyimpang dari perjuangan asas.”

Umno akan menyertai PRK Pelangai pada 7 Okt depan susulan kematian penyandangnya, Johari Harun dalam nahas pesawat di Elmina, pada 17 Ogos.

Semalam, memetik Berita Harian, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook pada Kongres Kebangsaan DAP berkata, partinya akan menghantar seluruh jentera bagi membantu BN pada PRK itu.

Tiada ulasan: