"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lima maut, trak rempuh majlis pengebumian

AFP
FOTO tular menunjukkan trak merempuh orang ramai yang berkumpul pada majlis pengebumian.
FOTO tular menunjukkan trak merempuh orang ramai yang berkumpul pada majlis pengebumian.
Ankara: Lima maut, manakala 25 individu lagi cedera selepas sebuah trak merempuh individu yang berkumpul untuk majlis pengebumian di Turkiye, semalam.

Insiden itu berlaku di Kahramanmaras, sebuah wilayah dekat tenggara Turkiye.

Menurut laporan akhbar tempatan, kejadian berlaku selepas brek trak itu gagal berfungsi.

Akibatnya, trak itu meluncur ke jalan yang menghadap ke tanah perkuburan, di mana puluhan individu berkumpul untuk majlis pengebumian.

"Ketika ini, terdapat lima mangsa maut, manakala 25 lagi cedera," kata seorang jurucakap.

Imej yang dikongsikan oleh agensi DHA Turkiye menunjukkan sebuah trak terbalik di sebelah kereta putih yang remuk.
-hmetro 

Tiada ulasan: