"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haji Hadi: ‘Saya rela dihukum dipenjara dari bayar denda’

Mohamad Fadli

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa beliau rela menerima hukuman penjara daripada membayar denda, dalam kes berkait dakwaan mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata wang untuk bayar denda lebih baik disalurkan ke pusat asuhan kanak-kanak parti itu.

“Saya tunggu dibicarakan di mahkamah, saya sedia dihukum.

“Tak tahu sama ada penjara atau denda… saya pilih penjara, kalau denda, baik beri pada PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam),” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Hadi disiasat polis susulan ceramah di Markas PAS Bakri, Muar pada 26 Ogos, berhubung kenyataan yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan.

Siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman itu mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, yang jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kertas siasatan sudah diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya pada 7 Sept.

Dalam pada itu, Hadi berkata beliau sudah beberapa kali dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis, yang menunjukkan profesionalisme.

“Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen… akan ada pilihan raya kecil,” katanya.

Tiada ulasan: