"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi datang Parlimen tak hari ini?

HarapanDaily.com

Kehadiran Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sidang Dewan Rakyat hari ini dinantikan selepas tempat duduknya yang kosong semalam menarik perhatian orang ramai.

Pastinya lensa kamera akan tertumpu pada tempat duduk di sebelah kiri Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Di Dewan Rakyat, Hadi duduk bersebelahan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan.

Pagi ini, bermulanya sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan berlangsung selama tiga hari.

Seterusnya, jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 dan 19 September depan.

Sesi perbahasan usul yang dibentangkan Perdana Menteri merupakan ruang untuk wakil rakyat berbahas dan menyatakan pandangan.

Hadi seperti mana Ahli Parlimen daripada blok pembangkang lain sepatutnya menjalankan peranan tugas semak dan imbang.

Namun, ketidakhadiran Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkenaan semalam menarik perhatian ramai rakyat ketika pembangkang sedang berkempen untuk selamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, rata-rata netizen menyelar sikap Ahli Parlimen yang culas menghadiri sidang Dewan Rakyat termasuk menuntut mana-mana wakil rakyat terbabit mengosongkan terus kerusi mereka.

“Semoleknya ada peraturan, ahli tak hadir Parlimen tiga kali berturut-turut patut diberi surat amaran sekali, tujuh kali berturut tidak datang diberi amaran kedua, 10 kali diberi amaran tiga seterusnya lucut keanggotaan Dewan Rakyat.

“Macam mana nak selamatkan negara kalau Ayah Chik (Hadi) pun ponteng sidang Parlimen? Kalau jadi kerajaan nanti macam mana? Rumah ada tapi tuan rumah tiada. Nak bahas gapo dio. Berat nanang laguni,” demikian antara sindiran warganet.

Semalam, Hadi rupa-rupanya ‘hadir’ dalam siri minda Presiden dengan tulisan panjangnya bertajuk “Siapa jual agama? Bersama keterbukaan DAP menentang Islam”.

Tiada ulasan: