"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Leka bersembang, wanita tertelan AirPod Pro

Agensi

Denver: Seorang ejen hartanah di Utah, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, secara tidak sengaja menelan AirPod Pro milik suaminya yang disangkakan vitamin ketika wanita itu sedang asyik bersembang dengan rakan.

Insider melaporkan Tanna Barker, 52, berkongsi kejadian itu dalam video TikTok. Ia tular dan sudah ditonton 2.1 juta kali.

Barker, 52, memberitahu dia memantau keadaan kesihatannya - selepas dinasihatkan oleh ahli keluarga yang terbabit dalam bidang perubatan - untuk membiarkan objek itu berlalu keluar secara semula jadi.

Menerusi TikTok, Barker berkata, kemalangan itu ketika dia sedang berjalan-jalan dan terserempak dengan seorang rakan.

"Sambil asyik berbual dengan kawan, saya mengambil 'vitamin' dan terus menelannya. Sesuatu terasa pelik, saya mulanya menganggap pil vitamin yang biasa diambil 'disatukan dalam bentuk yang aneh'.

"Jadi saya terus meneguk air dengan lebih banyak. Saya dapat merasakan ia turun dengan sangat perlahan," katanya kepada Insider.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya, Barker berkata, dia menyedari pil itu masih berada di tangannya.

Rupa-rupanya, dia secara tidak sengaja menelan AirPod Pro sebelah kiri.

Barker berkata dia pulang ke rumah dan menceritakan apa berlaku kepada suaminya dan kemudian mereka mula menghubungi ahli keluarga yang mempunyai karier dalam bidang perubatan.

"Hampir kesemua mereka berkata untuk membiarkan AirPod itu keluar (dari badan) secara semula jadi," katanya sebelum berkongsi hal itu kepada 4,000 pengikut TikToknya.
-hmetro 

Tiada ulasan: