"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rajinikanth, ‘Sivaji The Boss’ buat kunjungan hormat, nyata hasrat angkat perjuangan Anwar

HARAPAN DAILY  

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada bintang filem Tamil terkenal, Rajinikanth di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan santai itu adalah berkaitan elemen kemasyarakatan yang diperjuangkannya untuk diterapkan di dalam filem aktor legenda berkenaan pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau menghargai penghormatan pelakon filem Sivaji The Boss berkenaan untuk berbuat demikian.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” kata Anwar yang turut berkongsikan lapan foto pertemuan santai mereka di Facebook rasmi beliau.

Semasa pertemuan tersebut, Rajinikanth yang sudah membintangi lebih 160 filem sejak lima dekad lalu segak berkain tradisi India.

Aktor berusia 72 tahun itu berkunjung ke Malaysia buat kali pertama secara rasminya pada 2016 bagi menjalani penggambaran filem perdana Kabali yang turut membariskan tiga pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim serta Zack Taipan.

Tiada ulasan: