"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Baru sehari jadi YB, Suhaizan terima 30 permohonan penduduk

FMT Reporters

PETALING JAYA: Suhaizan Kayat menerima lebih 30 permohonan daripada penduduk di Parlimen Pulai, tidak sampai 24 jam bergelar Ahli Parlimen selepas menang PRK semalam.

Pemimpin Amanah itu memberitahu permohonan berkenaan membabitkan kerja pembangunan seperti baik pulih infrastruktur awam dan pembinaan sekolah.

“Permohonan penduduk (pengundi) lebih 30 itu yang saya catat ada juga yang disebut kepada wakil kita dalam siri kempennya sepanjang dua minggu lalu, jadi ada tambahan yang perlu diteliti.

“Sekarang ini kita pun sudah hujung tahun, jadi itu merupakan cabaran kita bagaimana hendak uruskannya (permohonan),” katanya menurut Berita Harian.

Suhaizan berkata beliau berazam akan memberi perkhidmatan terbaik kepada semua dan tidak meminggirkan mana-mana kumpulan.

Pada PRK semalam, Suhaizan mempertahankan Parlimen Pulai untuk Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 18,641 undi.

Suhaizan memperoleh 48,283 undi manakala lawannya Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (29,642 undi) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Kemenangan itu menyaksikan gabungan kerajaan perpaduan mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang Salahuddin Ayub, yang juga timbalan presiden Amanah.

Pada PRU15, Salahuddin menang kerusi itu dengan majoriti 33,174 undi.

Tiada ulasan: