"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 MP Bersatu sokong PMX, Mahiaddin dakwa ada gerakan terancang lemahkan PN

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mendakwa wujud gerakan terancang daripada parti lawan untuk melemahkan partinya dan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau menerima maklumat bahawa ahli-ahli Parlimennya telah disogok dan diugut berikutan pengumuman sokongan oleh empat ahli partinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menyifatkan tindakan dua lagi Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri adalah bercanggah dengan pendirian parti.

“Bersatu tidak akan tunduk terhadap pakatan jahat ini dan tindakan yang lebih tegas akan diambil

“Saya menyeru ahli-ahli Bersatu supaya kekal tenang dan istiqamah mempertahankan prinsip perjuangan parti sementara kepimpinan tertinggi BERSATU menangani perkara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook

Empat ahli Bersatu yang menyatakan sokongan kepada PMX ialah yang terbaru Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.

Mahiaddin berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu itu.

“Ini adalah pelanggaran disiplin parti yang serius selain membelakangi mandat rakyat yang memilih mereka atas dasar keyakinan terhadap prinsip perjuangan Perikatan Nasional,” ujarnya.

Iskandar Dzulkarnain sebelum ini menafikan dakwaan sokongannya kepada Perdana Menteri kerana diancam dengan tuduhan rasuah.

Memetik laporan, Iskandar yang merupakan wakil rakyat pembangkang berbuat demikian agar dana kerajaan dapat disalur kepada pengundi kawasannya dan bukan ditekan mana-mana pihak.

PN sehingga kini berdegil dan tidak mahu berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof berkaitan peruntukan untuk pembangkang.

Tiada ulasan: