"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Parah ditetak individu bertopeng bersenjatakan pedang

Bernama

KOTA BHARU: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas ditetak beberapa kali oleh dua lelaki bertopeng dalam kejadian di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh malam tadi.

Ketua Polis Pasir Puteh Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 10.30 malam. “Kejadian berlaku ketika mangsa yang berumur 55 tahun bersama seorang rakannya berada di sebuah kedai kopi.”

“Dua individu bertopeng bersenjatakan pedang kemudian datang menyerang serta menetak mangsa beberapa kali di bahagian badan dan tangan,” katanya dalam kenyataan.

Zaizul berkata kedua-dua suspek terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta dipercayai Proton Saga, warna kelabu yang dipandu oleh suspek ketiga.

Mangsa dihantar menerima rawatan awal di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan kini dirujuk kepada pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana dilaporkan mengalami kecederaan yang serius.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih belum dikenal pasti,” katanya.

Tiada ulasan: