"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Bukit Gantang: Saya sokong Anwar jika dapat peruntukan

Faiz Zainudin

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mahu melihat sejauh mana kerajaan Madani adil dalam memberikan peruntukan.
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang berkata beliau sedia menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim jika diberi peruntukan sebagaimana diterima wakil kerajaan.

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) berkata, peruntukan itu antara lain akan membolehkannya membangunkan kawasan diwakilinya.

“Saya dengan ikhlas menyampaikan suara pengundi dan penduduk Bukit Gantang kepada menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, dengan hati yang ikhlas, kalau diluluskan RM30 juta ini. Saya juga nak melihat sejauh mana kerajaan Madani adil dalam memberikan peruntukan.

“Dalam Dewan yang mulia ini, saya mohon jika saya mendapat peruntukan ini untuk dibangunkan kawasan saya. Saya akan memberi sokongan kepada yang amat berhormat Datuk Seri (Zahid Hamidi) dan kerajaan Madani,” katanya ketika membahasakan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Semalam, Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik mengumumkan menyokong kerajaan, menjadikannya Ahli Parlimen Bersatu keempat berbuat demikian sejak 12 Okt lalu.

Pada Selasa, Ahli Parlimen Gua Musang Azizi Abu Naim berkata beliau memutuskan untuk menyokong Anwar bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasannya terbela dan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.

Dua lagi Ahli Parlimen Bersatu, Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) sebelum ini menyokong pentadbiran Anwar dengan alasan sama.

Tiada ulasan: