"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan pengguna media sosial didakwa ugut menteri pendidikan

Bernama

Seorang lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki berusia 28 tahun itu, yang disyaki pemilik atau pengendali akaun Twitter @syahmisufi8, ditahan di Setapak.

Beliau berkata kes itu masih di peringkat siasatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan setakat ini, terdapat empat laporan polis diterima berhubung isu yang sama.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna serta prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama yang melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily berkata suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

- Bernama

Tiada ulasan: