"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kematian akibat konflik Gaza cecah 10,000

AFP

GAZA: Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza hari ini berkata, angka kematian akibat serangan Israel di wilayah Palestin melepasi 10,000 hampir sebulan selepas perang tercetus.

Angka kematian 10,022 orang itu diumumkan dalam sidang media di Gaza oleh jurucakap kementerian, Ashraf al-Qidreh.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 292 warga Palestin maut semalaman susulan serangan tentera Israel yang dituduhnya “melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai dalam beberapa jam lalu”.

Menurut Kementerian Kesihatan kendalian Hamas itu, kebanyakan yang maut di Gaza sejak konflik bermula adalah orang awam termasuk lebih 4,000 kanak-kanak.

Tiada ulasan: