"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki tetak rakan tak beri pinjam duit

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan kerana melanggar dan menetak rakan enggan meminjam wang kepadanya dalam kejadian dekat sebuah klinik di pekan Bukit Pelandok, Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Port Dickson, Aidi Sham Mohamed, berkata mangsa 33 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan parah.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson menahan suspek di sebuah rumah di Taman Murni, Chuah pada 1.50 pagi dan merampas sebilah parang digunakan untuk mencederakan mangsa.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang berada bawah pengaruh alkohol melanggar mangsa, sebelum menyerangnya dengan parang.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai 12 rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah serta masih dikehendaki bagi satu kes dadah,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan direman enam hari mulai hari ini untuk disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: