"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes mati dalam tahanan: Saksi kedua hilang

Saksi kedua dalam kes kematian M Krishnan sewaktu dalam tahanan telah hilang tanpa dapat dikesan, dan sekaligus menimbulkan syak bahawa dia telah diugut supaya tidak tampil ke hadapan, kata seorang peguam hak asasi manusia.

NONEN Surendran (kanan) - yang mewakili keluarga Krishnan yang mahu bedah siasat kedua dilakukan untuk menentukan punca kematiannya - berkata, mereka tidak tahu di mana saksi itu berada dan juga tidak dapat menghubunginya.

"Kita telah hilang saksi kedua dalam keadaan yang menimbul syak. Kami mengesyaki seseorang mungkin menghalangnya daripada tampil ke hadapan," kata Surendran ketika ditemui hari ini.,

"Nampaknya seperti sudah menjadi kebiasaan sekarang bagi saksi dalam kes-kes berkaitan kematian dalam tahanan, berdepan dengan ugutan dan malah ditahan oleh pihak berkuasa," tambahnya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: