"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengetua mohon maaf kerana sebut 'paria'

Seorang pengetua wanita yang dikatakan telah membuat ucapan yang menghina masyarakat India di Malaysia, telah memohon maaf kepada para pelajarnya.

Menurut pengadu, AP Raja Retinam, yang juga ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia, pengetua tersebut memohon maaf pada jam 12.30 hari ini.

azlan
"Beliau membuat permohonan maaf kepada pelajar India hari ini, jadi
perkara itu ditutup," katanya.

Pengetua Zaini Mohd Zin dari SMK Taman Tasik Ampang di Selangor, dilaporkan telah menyebut perkataan 'paria' dalam ucapannya.Beliau bagaimanapun kemudiannya memberitahu media bahawa ucapannya diambil dari luar kontak kerana beliau menyebut perkataan itu ketika merujuk pada novel 'Interlok' yang menarik banyak kontroversi.

"Beliau (kata) telah menggunakan buku itu sebagai rujukan. Inilah yang kami tidak mahu dan inilah sebabnya kami mahu buku itu diharamkan," kata Raja Retinam.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: