PERINGATAN Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato’ Sri Haji Nasir Tun Sakaran terhadap Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang baru dilantik supaya menjaga imej Masjid Bandaraya yang telah dinobatkan sebagai Masjid Hadhari Ke-2 di negara ini sebagai peringatan yang tidak lengkap.
Nasir sewajarnya menegaskan supaya Penasihat dan AJK Masjid Bandaraya menjauhi dari kehidupan yang tidak bermoral dan menjatuhkan maruah diri serta agama Islam.
Saya hanya mampu menyatakan 'siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya', 'tepuk dada, tanyalah iman'. Ada segelintir Penasihat, terutama Bekas Pegawai Kanan Polis dan AJK Masjid yang terlibat secara terang-terangan meminum arak di Coffee House D'Peppino, Shangrila Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu.
Mereka dengan tiada rasa malu meminum bergelas-gelas arak, bersama seorang Menteri ‘Dusun Islam’ yang selalu sibuk bercakap soal Islam, tetapi mengamalkan budaya Islam ‘pluralisme’ dan berlagak seperti seorang playboy dengan mengepit ramai wanita bukan Islam dan Islam!
Ada juga AJK Masjid yang melanggan kedai 4 nombor ekor, masuk ke kedai judi membeli tiket 4 ekor tanpa mempedulikan dirinya sedang diperhatikan oleh masyarakat sekeliling beliau.
Nasir juga wajib memperingatkan AJK Masjid bahawa Masjid Bandaraya adalah rumah Allah dan bukan rumah UMNO atau rumah yang dibina atas wang UMNO. Oleh itu, semua pihak berkewajiban memakmurkan masjid tersebut dengan aktiviti Islam yang boleh memberi kesedaran baru tentang kesyumulan atau kesempurnaan Islam.
Mana-mana penceramah atau ustaz-ustaz yang hendak memberikan ceramah dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang bermanfaat kepada umat Islam, khususnya golongan muda, hendaklah tidak disekat atau dihalang.
AJK Masjid hendaklah berlaku adil dan mempunyai rasa takut kepada Allah bahawa jika mereka menyekat para penceramah daripada menyampaikan ilmu Islam hanya kerana latar belakang para penceramah tersebut seorang pimpinan atau ahli PAS, maka seluruh makhluk Allah di langit, di bumi dan di lautan, akan mengutuk mereka.
Salam Hormat,
AJK MASJID KAMPUNG LIKAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan