rozmal
Hujung minggu yang lalu (15-16 Jan 2011) TV1 menyiarkan rancangan Dokumentari khas mengenai kisah persaraan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Saya tak berkesempatan menontonnya, tapi isteri sempat menonton di dapur sambil melakukan kerja rumah. Antara yang menarik dalam dokumentari tersebut menurut isteri saya ialah pemakanan Engku Tan Sri Ibrahim. Almaklumlah orang Terengganu, macam isteri saya juga, pemakanannya cukup ringkas, iaitu ikan singgang atau ikan bakar, ulam dan nasi putih, minuman kurang gula.
Ikan singgang ialah masakan rebus air tanpa santan dan rempah. Ikan bakar pula tak perlu guna minyak. Walaupun Engku Tan Sri Ibrahim mampu untuk makan makanan berminyak, bersantan, namun beliau memilih diet yang simple tapi sihat.

Diet ini amat sesuai untuk semua rakyat jelata dari pemimpin hinggalah ke orang bawahan dalam menghadapi situasi krisis makanan yang menggila di Malaysia sekarang ini.
Tak ada minyak, bakar sajalah. Tak ada santan, rebus sajalah. Bukan setakat jimat, malahan ianya sihat. Tapi yang mengesyorkan kaedah makanan macam ini kenalah buktikan melalui Kepimpinan Melalui Tauladan seperti yang ditunjukkan oleh Engku Tan Sri Ibrahim.
Suruh orang masak rebus, dia pun kenalah masak rebus. Suruh orang jangan guna santan, dia di rumah pun janganlah guna santan. Suruh orang kurang guna gula, dia pun kenalah kurang guna gula. Suruh orang melancong dalam negeri, dia pun kenalah melancong dalam negeri.
Yang kaya dan berkemampuan tu, dengan penjimatan ini bolehlah jenguk-jenguk saudara mara serta jiran tetangga untuk dibantu dari segi yuran sekolah, PTPTN, makanan asas, hutang bil api air dan sebagainya, kuranglah sedikit aktiviti Along.
Nampaknya orang Negeri Sembilan susahlah menghadapi krisis santan, gula dan minyak. Belajar-belajarlah dari Engku Tan Sri Ibrahim. Bila krisis makanan dah reda, bolehlah merasa sekali sekala. Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan