"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa orang macam ini dibenarkan masuk? Terbang dari Sri Lanka untuk mengemis di Kajang

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
PEGAWAI Penguat kuasa JKM memeriksa salah seorang pengemis ketika operasi peminta sedekah di Bazar Ramadan Jalan Reko, Kajang. FOTO Hazreen Mohamad
PEGAWAI Penguat kuasa JKM memeriksa salah seorang pengemis ketika operasi peminta sedekah di Bazar Ramadan Jalan Reko, Kajang. FOTO Hazreen Mohamad
Kajang: "Saya ada angin ahmar, duduk sini jual tisu sahaja". Itu alasan pengemis warga Sri Lanka ketika ditahan dalam Ops Pengemisan di Bazar Ramadan Jalan Reko yang dijalankan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) hari ini.

Menurut lelaki berusia 50-an itu, dia mula masuk ke negara ini pada Januari lalu dan mensasarkan bulan Ramadan untuk mengutip 'hasil' mengemis.

"Baru masuk Januari, hari ini baru ada RM10, biasanya kami masuk secara bermusim.

"Memang betul-betul saya tidak boleh bergerak tengok sekarang saya duduk di kerusi roda," katanya.

Dia bagaimanapun dilepaskan selepas diberi advokasi oleh penguat kuasa JKM.

Selain lelaki terbabit turut ditahan dua individu yang mengutip derma untuk madrasah tanpa surat perakuan yang sah.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM Putrajaya, Burhanuddin Bachik berkata, operasi secara 'adhoc' itu dijalankan susulan aduan orang ramai berhubung kehadiran pengemis di kawasan berkenaan.

"Operasi seperti ini akan diteruskan di kawasan lain, berdasarkan pemerhatian ramai pengemis warga asing mengambil kesempatan di bulan Ramadan.

"Sebab itu selain menjalankan operasi, JKM turut melakukan program advokasi kepada masyarakat iaitu 'bijak membantu elak tertipu," katanya.

Tiada ulasan: