MAISARAH AISYA
Kadang-kadang bila nak bagi sedekah dekat pengemis jalanan ni rasa risau takut ditipu sedangkan mereka ini berkemampuan.
Bukan satu dua kes yang sudah kantoi, mengemis tapi mampu miliki kereta mewah yang diletak jauh dari tempat minta sedekah.
Seorang pengguna X mengakui terkedu melihat seorang peminta sedekah memasuki kenderaan jenis Honda CRV selepas selesai ‘bekerja’.
Dia mengekori wanita tersebut kerana waswas selepas melihat wanita itu berada di tempat lain untuk meminta sedekah sebelum ini.
“Peminta sedekah tapi pakai Honda CRV. Katanya ini kereta kawan dia. Baik betul hati kawan dia kasi pinjam kereta.
“Kawan aku nak bagi pinjam lighter pun fikir dua tiga kali,” ujar pengguna X.
Rata-rata warganet turut menyelar wanita tersebut yang menjadi punca orang ramai tidak mahu membantu mereka yang benar-benar dalam kesusahan.
“Inilah salah satu sebab kenapa ramai takut nak sedekah. Aku tahu mereka ikhlas ja nak sedekah tapi bila puak-puak gini wujud.
“Buat buruk nama ja dan tambah lagi orang susah nak percaya. Tapi apa apa pun sedekah biar ja ikhlas. Dia tipu, itu urusan dia dengan Allah,” komen seorang pengguna.
“Dekat tempat aku ada sorang aunty cina ni. pakai seluar pendek tshirt lusuh lepastu duduk depan kedai runcit minta duit kat orang hari hari dengan muka kesian.
“Padahal satu daerah kenal dia punya keluarga kaya. so tak ada siapa layan dia,” kongsi pengguna lain.
Bila kes dah tular, harapnya pihak penguatkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kes sebegini tidak berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan