"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai kanan polis lindung aktiviti haram ditahan SPRM, jumpa wang lebih RM1 juta

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Penahanan pegawai kanan yang bertugas di sebuah jabatan itu dilakukan di Putrajaya.

Menurut sumber, hasil penahanan itu turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1 juta hasil serbuan beberapa premis disyaki miliknya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai kanan terbabit.

Beliau berkata, permohonan reman akan diperoleh SPRM pagi ini bagi proses siasatan lanjut.

Tiada ulasan: