"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi warga asing yang dibiarkan keliaran sebebasnya buat hal

Sindiket warga Pakistan, India palsukan cop Imigresen tumpas

NOR AZURA MD AMIN
Lelaki warga India dan Pakistan yang mendalangi sindiket pemalsuan cop Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di tahan ketika Op Serkap di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada Ahad.- Foto JIM Johor
Lelaki warga India dan Pakistan yang mendalangi sindiket pemalsuan cop Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di tahan ketika Op Serkap di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada Ahad.- Foto JIM Johor
JOHOR BAHRU - Sindiket pemalsuan cop Jabatan Imigresen yang didalangi dua lelaki warga Pakistan dan India yang aktif sejak dua tahun lalu, berjaya ditumpaskan.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan dalam serbuan Ops Serkap di Bangunan Sultan Iskandar, pada jam 6 petang.

Jelasnya, kedua suspek berusia 30 dan 35 tahun menyasarkan warga asing yang mempunyai masalah untuk memperbaharui permit kerja dan pas lawatan sosial.

"Sindiket ini didalangi sepenuhnya warga asing tanpa penglibatan warga tempatan. Sewaktu ditangkap, warga Pakistan itu berada di dalam kereta manakala rakannya bertindak sebagai 'tonto' menunggu pelanggan di perhentian teksi BSI.

"Caj bayaran dikenakan sekitar RM650 hingga RM3,000. Sindiket turut mengambil kesempatan ke atas pelbagai program yang dianjurkan kerajaan," katanya.
Baharuddin (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media di bangunan KDN Setia Tropika pada Rabu.
Baharuddin (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas pada sidang media di bangunan KDN Setia Tropika pada Rabu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setia Tropika di sini, pada Rabu.

Berkata berkata, hasil serbuan pihaknya merampas lima pasport India, enam pasport Pakistan, wang tunai RM3,455, pelbagai mata wang asing bernilai RM474 dan empat buah telefon bimbit serta menyita buah kereta jenis Toyota Altis.

"Siasatan yang dilakukan mendapati suspek warga India tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah dan kedua-duanya telah ditahan reman 14 hari bermula tarikh ditangkap bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 57(1)(l), Seksyen 56(1A)(a), Seksyen 56 (1A)(b) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen serta Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 (Akta 150)," ujarnya.

Dalam isu berasingan, Baharuddin berkata, seramai 1,321 pendatang asing tanpa izin (PATI) membabitkan kompaun bernilai RM660,500 telah mendaftarkan diri dalam Program Repatriasi Migran di negeri itu setakat Ahad lalu.

Ia membabitkan 987 warga Indonesia, 100 warga India, 97 warga Bangladesh, 95 warga Pakistan dan lain-lain negara seperti Myanmar, Filipina, Palestin, Sri Lanka, Syria, Thailand, Vietnam dan Yaman.

Daripada jumlah itu, 1,030 telah PATI telah dihantar pulang melalui Terminal Feri Stulang Laut, Terminal Feri Pasir Gudang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Tiada ulasan: