"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

11 lagi mayat ditemui di perairan Aceh

Bernama-Xinhua
SUKARELAWAN melakukan solat jenazah sebelum mengebumikan mayat pelarian Rohingya yang ditemui di laut oleh Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS). FOTO AFP
SUKARELAWAN melakukan solat jenazah sebelum mengebumikan mayat pelarian Rohingya yang ditemui di laut oleh Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (BASARNAS). FOTO AFP
Jakarta: Sekurang-kurangnya 11 mayat dipercayai pelarian ditemui di perairan Indonesia berhampiran wilayah Aceh, kata media tempatan dan penyelamat pada Selasa, lapor Xinhua.

Penemuan mayat itu dibuat selepas bot yang membawa lebih 100 orang karam di perairan Aceh minggu lalu. Lebih daripada 75 pelarian telah diselamatkan, tetapi berpuluh-puluh dilaporkan hilang.

Ibnu Harris Al Hussain, ketua agensi mencari dan menyelamat Banda Aceh berkata, agensi itu telah menemui enam mayat wanita pada Isnin selepas menerima maklumat daripada nelayan tempatan.

"Kami mendapatkan semula 10 mayat antara Sabtu dan Isnin," kata Hussain.

Satu lagi mayat turut ditemui di Kabupaten Aceh Barat. Semua jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan tempatan.

Sementara itu, kesemua mangsa yang terselamat telah dihantar ke jabatan imigresen negara itu dan kini berteduh di Aceh Barat.

Tiada ulasan: