KOSMO
Ikan tersebut dikatakan daripada spesies ikan aligator yang mempunyai sisik keras bagi melindungi dirinya daripada serangan pemangsa. – Istimewa
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor ikan mengeluarkan percikan api ketika seorang lelaki cuba memotong badannya, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Dalam video yang dikongsikan di platform X, seorang lelaki cuba memotong ikan yang sudah mati itu setelah ia ditemui hanyut dibawa air banjir.
Ketika menggunakan golok untuk menetak badan ikan, percikan api muncul, membuatkan lelaki tersebut terkejut.
Menurut pakar ikan air tawar Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (BRIN), Haryono, ikan tersebut adalah daripada spesies ikan aligator gar yang mana sisiknya mengandungi arus elektrik.
“Ikan yang dipaparkan dalam video tular itu kelihatan seperti aligator gar,” katanya.
Aligator gar atau Atractosteus spatula adalah sejenis ikan pemangsa yang hidup di perairan air tawar di rantau Amerika Utara dan Tengah.
Tambah Haryono, sisik ikan aligator keras dan tajam kerana ia berfungsi melindungi tubuhnya daripada serangan pemangsa lain.
Meskipun begitu, ikan aligator yang sudah mati dalam tempoh lama atau membusuk akan menjadikan sisiknya tidak terlalu keras dan semakin mudah dipotong. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan