"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengarah agensi penguatkuasaan ini kalau didapati bersalah jatuhkan hukuman yang seberat-beratnya

3 individu termasuk pengarah agensi penguatkuasaan ditahan SPRM

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
TIGA individu yang ditahan SPRM. FOTO Ihsan SPRM
TIGA individu yang ditahan SPRM. FOTO Ihsan SPRM
Kuala Lumpur: Tiga individu termasuk pengarah agensi penguatkuasaan di sebuah negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana melindungi aktiviti kemasukan barangan berharga melalui pintu masuk laut negara.

Sumber berkata, suspek utama iaitu lelaki berusia 50-an disyaki menerima suapan berjumlah kira-kira RM100,000 secara tunai pada Sabtu lalu di Shah Alam, Selangor bagi melindungi aktiviti di bawah Akta Kastam 1967.

"Hasil penahanan ke atas suspek utama, SPRM turut menyerbu kediamannya di Klang, Selangor dan menemui sejumlah wang bernilai RM100,000 dipercayai sebahagian daripada hasil suapan berkenaan.

"Suspek utama ditahan di Klang kelmarin, manakala suspek kedua dan ketiga yang juga orang awam ditahan pada hari sama di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya," katanya.

Susulan itu, semua suspek dibenarkan reman selama tiga hari sehingga esok.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd Najib ke atas kesemua suspek selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengesan bukti dan dalang lain yang terbabit.

Tiada ulasan: