"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Saya cabar Sanusi bawa orang tuduh dia ke mahkamah'

M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bh.com.my
SHAIFUL Hazizy Zainol Abidin. FOTO Bernama
SHAIFUL Hazizy Zainol Abidin. FOTO Bernama
Alor Setar: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dicabar menyaman seorang wanita yang mendakwa berlaku kesalahan tadbir dalam Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) sehingga menyebabkannya menanggung kerugian.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata, Menteri Besar Kedah itu wajar memberi penjelasan berhubungan dakwaan wanita yang dikatakan bekas kakitangan KAHB bahawa keuntungan syarikat diambil Perbadanan Menteri Besar (MBI).

"Saya cabar Sanusi untuk bawa orang yang tuduh dia ke mahkamah. Berani kerana benar, jangan nampak takut. Sudah-sudahlah jadi 'pembangkang' dalam isu ini, anda wakil kerajaan negeri, guna lunas undang undang yang ada," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy turut meminta Muhammad Sanusi selaku Pengerusi MBI membayar segera gaji 24 kakitangan KAHB yang tertunggak sejak September tahun lalu, dan tidak menjadikan alasan Laporan Ketua Audit Negara 2017 untuk mengelak pembayaran gaji berkenaan.

Katanya, semua pihak tahu KAHB mempunyai masalah, namun kerajaan negeri terdahulu termasuk dari Barisan Nasional (BN), PAS atau BERSATU tetap juga berusaha membayar gaji kakitangannya.

"Sanusi juga perlu berhenti mengatakan tidak mahu bayar kerana akan guna duit rakyat. Apa Sanusi fikir rakyat bodoh sangat? Sudah tentu Kedah Agro itu anak syarikat MBI, MBI kena pandai cari dana atau struktur kewangan demi bayar gaji pekerja," katanya.

"Semua tahu Kedah Agro memang bermasalah, tetapi kenapa zaman BN masih berusaha untuk bayar gaji pekerja Kedah Agro? Sebab setiap Menteri Besar tahu itu tanggung jawab mereka, hatta Menteri Besar PAS atau BERSATU, semua bayar," katanya.

Kelmarin, Muhammad Sanusi melalui kenyataan di laman sosialnya menyatakan akan menyaman seorang wanita yang dikatakan melempar tuduhan ke atas MBI dalam isu tunggakan gaji KAHB termasuk mengaitkannya dengan pentadbiran negeri di bawah kerajaan PAS terdahulu.

Tiada ulasan: