"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kantoi!!? Pemimpin Pas beli ‘like’ termasuk dari Vietnam

Harapandaily

Pemimpin Pas ‘kantoi’ beli respon ‘like’ termasuk dari Vietnam seperti didedahkan pengguna TikTok, @JimanKenzo.

Dia mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man banyak menerima tanda ‘like’ dari negara itu sekaligus menggambarkan terdesaknya Timbalan Presiden Pas berkenaan.

Untuk rekod, Tuan Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air semasa kerajaan ‘Tebuk Atap’, pada masa ini juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan.

“YB (DUN) Cheka ni dah terdesak sangat nak jadi MB Pahang sampaikan ‘like’ pun nak beli.

“Dia kalau ‘like’ tu dari orang Indonesia tak pelik, nampak masih Malaysia lagi. Ini ‘like’ dari Vietnam,” tempelaknya.
Sehubungan itu, dia mengingatkan bahawa jika tidak terkenal, buatlah cara tidak terkenal.

“Kalau 10 ‘like’ tu, biarkan je lah. Tidaklah malu sangat. Ini malunya sebab banyak ‘like’ dia dari Vietnam.

Bila masa pula orang Pas ni tak pakai tudung? Ke pengundi-pengundi Pas ni duduk di Vietnam?” ujarnya.

Dalam nada sinis dia juga menyarankan agar selepas ini cubalah bijak sedikit jika mahu guna ‘trick’.

“Lain kali kalau nak guna ‘trick’ tu, pakai otak. Itulah. Orang nak terkenal, kau pun nak terkenal.

“Kau buat tu dapat manfaat tak? Rasa tak dapat sebab ‘like’ Vietnam.

“Kalau like tu 1,000 kenalah seimbang dengan komen dan perkongsian.

“Ini komen pun dua. Sendu. Lebai Pas… Kalau sehari tak buat kelakar, tak boleh ke?” perlinya lagi.

Tiada ulasan: