"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ugut sebar gambar bogel kenalan bawah umur, pelajar kulinari didenda

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
TERTUDUH di Mahkamah Majistret Ayer Keroh. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
TERTUDUH di Mahkamah Majistret Ayer Keroh. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
Melaka: Pelajar kulinari didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, kerana melakukan pemerasan terhadap remaja perempuan bawah umur dengan mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya, dua minggu lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan tertuduh, Chan Yu Jian,20, dan mensabitkannya bersalah.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Chan dituduh sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada perempuan berusia 15 tahun bahawa gambar bogelnya akan disebarkan hingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM1,500 kepada tertuduh.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di rumah dekat sini, 14 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh pada Januari 2023 melalui Instagram, namun tidak pernah melihat wajahnya.

Pada 14 Mac lalu mangsa yang ketakutan selepas diugut tertuduh untuk menyerahkan sejumlah wang jika tidak mahu gambar bogelnya disebarkan, mencuri wang ibunya dan dibayar kepada tertuduh.

Terdahulu, tertuduh merayu tidak dipenjarakan kerana masih belajar dan mahu menjaga ibu bapanya yang sudah berusia.

"Saya mohon denda yang ringan kerana mahu jaga papa dan mama. Kalau boleh saya tak mahu hukuman penjara kerana masih belajar masakan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Tiada ulasan: