"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bila Sdr Husam ingin bersuara bagi meredakan keadaan?

WDOnline
Sepuluh kali aku fikir, apakah patut aku taip artikel ni. Pikir punya pikir, taip ajelah. Kalau orang faham, baguih lah. Tapi kalau ada yang tak faham, nasiblah labu.

Mesti ada yang marah dengan aku. Tapi punya pasal akulah nak taip apa pun. Asalkan aku rasa tanggungjawab aku selesai. Aku hanya pinta ianya diselesaikan, bukannya mencerca, mengherdik pemimpin sendiri. Nak selesai, kenalah bersuara agar ianya tidak menimbulkan persepsi yang lebih merumitkan.

Mohon kemaafan jika ianya dilihat kurang beradab. Tapi aku juga sayangkan jamaah seperti yang blogger celaka cakap.

Hari ini aku ulas sikit aje pasai isu panas yang melanda dalaman PAS. Akhir-akhir ini, aku tengok, para blogger, tak kira belah mana, asyik bertikam lidah sesama sendiri. Padahal tak perasan, yang sebelah sana nun telah bertepuk tangan.

Mereka mungkin menganggap, kerja mereka sudah jadi ringan dengan aksi pelahap para blogger celaka yang senantiasa mencari peluang untuk meranapkan perjuangan PAS tidak kira di mana.

Bila marah, depa akan kata, mereka ingin selamatkan PAS dari UG. Kemudian UG diumumkan tutup. Presiden PAS sendiri umum kat media, UG sudah tiada lagi.

Tapi blogger celaka cuba ungkitnya kembali dengan pelbagai dimensi fitnah. Tak cukup serang peribadi dalam blog, serang hendap pulak kat parlimen terhadap timbalan presiden PAS.

Yang penting bagi mereka, dapat jatuhkan pemimpin yang mereka benci dan tidak sebulu dengan mereka.

Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis nak hentam sebahagian pemimpin yang dianggap ingin bersama dengan Umno. Bila diminta bukti, mula berdalih macam-macam. Konon ada rakamanlah. Tolong bagi sederap atau jelas bukti yang hangpa ada jika betul dakwaan hangpa.

Kenapa segelintir pemimpin tidak tunjukkan ikatan ukhuwah sesama pemimpin

Yang menjadi kebimbangan aku, takut ada segelintir pemimpin PAS yang turut sama disebalik perjuangan kotor blogger celaka ni.

Sekarang ni, boleh dibilang dengan jari pemimpin yang secara terang-terangan memberi sokongan padu kepada kepimpinan presiden PAS, TG Haji Hadi. Yang lain-lain mananya?

Beri sokongan kepada ketua bukan bererti mengampu seperti Umno. Tapi sebagai bukti menolak kepada umum, yang persepsi PAS nak hancur.

Pemimpin PAS sepatutnya menunjukkan sifat ukhuwah sesama pimpinan, percaya mempercayai antara satu sama lain agar nampak perpaduan dan kerjasama di mata masyarakat dan ahli PAS.

Ini tidak, diam seribu kali diam. Tindakan itu boleh menambahkan lagi persepsi buruk terhadap kepimpinan PAS dan orang luar akan menganggap PAS berhadapan dengan krisis kepimpinan.

Presiden, timbalan presiden, SU Agung dan rakan-rakan pimpinan kena serang blogger celaka, tiada pulak yang datang membela rakan pimpinan. Kenapa? Takut dilabel UG ke seperti yang didakwa blogger celaka.

Pasal dokumen sulit PAS Kelantan bocor

Kickdefella mendedahkan kononnya beliau ada dokumen sulit post mortem piliaharaya PAS Kelantan yang dikategorikan sebagai bahan sulit. Tapi ianya telah ditelanjangkan oleh kickdefella. Keabsahan dan ketulinan dokumen itu tidaklah diketahui betul atau tidak. Tapi siapakah dalangnya?

Apa nak jadi ya?Ntah betul ntah tidak seperti yang didakwa kickdefella tu usahlah kita fikirkan. Tapi yang penting, bagaimana ingin kita menyelesaikan dakwaan kickdefella tu.

Jika kita berdiam diri, orang luar akan bersangka buruk dengan kita. Maka berlakulah tuduh menuduh antara satu sama lain. Kemudian orang yang dikaitkan dengan kickdefella pulak terus dituduh bukan-bukan.

Yang menakutkan aku, bukan kerana serangan batang tubuh orang yang dikaitkan dengan kickdefella tu, tapi yang menerima kesannya ialah kepimpinan PAS dan keseluruhan PAS itu sendiri.

PAS akan dilihat sama seperti Umno. Jika itu dipersepsikan oleh umum, maka tidak kemanalah perjuangan PAS. Selama ini orang yang menaruh kepercayaan kepada PAS akan sikit-sikit berjauhan dengan PAS. Siapa yang rugi?

Pemimpin boleh datang dan pergi, boleh ditukar ganti, tapi perjuangan menegakkan Islam tidak boleh digantikan. Islam tetap Islam. Tiada ganti yang lain selain Islam.

Ayuh! jelaskan kepada umum, siapa kickdefella sebenarnya

Orang yang membawa kickdefella ke dalam PAS dan kerajaan Kelantan perlu bersuara dan menjelaskan motif yang terselindung pada kickdefella sebagai mendamaikan keadaan yang kucar-kacir. Menolak persepsi bukan hanya dengan berdiam diri, tapi perlu kepada penafian dan hujah bernas.

Jangan hanya pandai membawa masuk kickdefella kemudian membiarkannya mengkucar-kacirkan dalam PAS.

Kita harus jelaskan kepada ahli PAS, siapakah kickdefella dan blogger celaka. Selagi orang yang terlibat berdiam diri, selagi itulah persepsi akan berlegar-legar dalam PAS. Siapa yang harus mendedahkannya?

Ayuh bangun, jelaskan perkara sebenar jika sayangkan jamaah. Jangan pilih bulu untuk menyelamatkan jamaah.

Jangan jadi pengecut bila tahi sudah terpalit pada diri kita. Buktikan kita memang pejuang Islam sejati.

Melainkan jika ada segelintir pejuang-pejuang PAS mempunyai agenda tersendiri demi kepentingan peribadi.

read more

-WarkahDaily-

Tiada ulasan: