"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jang, Ni dah melampau menyelak kain sendiri, hentikan segera!

tutuhjang
Jang, Ni dah melampau betul ni, masing-masing nak tunjuk handal dengan maklumat dalaman. Saya bukan apa, kalau belajar dari awal tentang gerakan fahamlah kau Jang, mana santapan umat, dan mana wacana kepimpinan.

Nampaknya, sudah tidak ada beza sekarang ni, main pulun ja. Den merayulah kepada web master, tak payahlah terbitkan artikel yang bercorak menyelak kain ni lagi.

Kalau ada yang terbuku sangat nak menyelak gak kerje die, elok TKO buat satu majlis, kumpul semua tukang selak tersebut, dan sila berdebat di situ, berapa hari berapa malampun boleh,den boleh sumbang duit makan dia orang agak sikit. Carilah mano-mano masjid untuk berdebat secara tertutup.

Nanti bila masalah dah jadi, katelah ini dakyah Yahudi dan Nasranilah, mana ada hasutan Yahudi dan Nasrani, yo kau masing-masing yang beriya-iya sangat nak menyelak kain saudara kau sendiri, atau kau tu yang Yahudi atau Nasrani tu. Jangan nak mencari kambing hitamlah, ini langsung tak kena mengena dengan Yahudi dan Nsrani tu deh.

Lama-lama saya tulis, nanti den mencarut ni Jang.

TAPI SEBAGAI PENUTUP : SILA HENTIKAN SEGERA POLEMIK TIDAK SIHAT INI. INGAT, INI BUKAN SANTAPAN AWAM.

TUTUH JANG SAMPAI MONANG

Tiada ulasan: