Najib baru saja merayakan 1Tahun pemerintahannya dengan cemerlang , PRK P094 Hulu Selangor kejayaan buatnya. Tahniah. Manakala , katanya idea 1Malaysia bukan lahir dari Tel Aviv , tapi kebijaksanaan teamnya hanya di Kuala lumpur saja. Cuma pembangkang dek kerana iri hati dan kecewa oleh nya maka dituduh hal yang bukan bukan .Suatu yang boleh dibanggakan. 1Tahun 1Malaysia subur katanya dalam pemikiran rakyat. Ianya dihadam sebauk mungkin. Rakyat menerima dengan penuh redha. Tiada bangkangan melainkan dipuja dan dijadikan wirid wajib 5x sehari kini.
Sudah menjadi satu tradisi di negara 1Malaysia ini , pengukuran pencapaian dan prestasi dibuat selepas suatu jangkamasa , katakana 100 hari pertama , 1 tahun pertama dan seumpamanya. Dalam kontek pentadbiran sebuah negara tempoh 1Tahun barangkali paling ideal. Bagi Najib beliau berbangga dengan pencapaian 1Tahun pemerintahannya.
Barangkali , 1Peluru yang dicadangkan untuk dihadiahkan kepada Tok Guru oleh anak muda pembela bangsa , Mohd Safuan Hilmi , Pemuda UMNO lulusan UITM , usia 24 tahun merupakan 1Produk 1Malaysia terkini cetusan idea bermutu Najib dan teamnya , bukan dari Tel Aviv. Mungkin boleh disemak secara terperinci lagi kalau – kalau BTN turut sama menjadi guru kepada anak muda ini , walaupun tidak sayugia dituduh APCO yang berpengkalan beribu batu di Washington terlibat sama.
Ada kewajarannya bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi
Manakala untuk Amirulrashid Hamzah bukan 1Peluru , barangkali beberapa peluru , sebab selain dari tayar kereta adalah sasaran , kepala juga disasarkan. Mungkin untuk target kepala 1Peluru sudah cukup. UMNO boleh berbangga dengan pencapaian ini. KPI Ketua mereka mungkin sudah dicapai.
Nota
Walau apa pun , rakyat 1Malaysia tidak harus terlalu ghairah dan gelojoh mengharapkan pihak PDRM akan menyiasat seperti sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan