"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

APCO: Heret pemimpin BN ke muka pengadilan

Wah Saufi
MELAKA, 3 Mei:
PAS Kawasan Bukit Katil yang mengadakan Mesyuarat Agung kali ketujuh semalam, meluluskan sebulat suara usul mengheret pemimpin kerajaan BN ke muka pengadilan kerana sanggup menggunakan khidmat APCO dalam kerja-kerja melibatkan keselamatan negara.

Usul yang dibentangkan secara tergempar oleh Dewan Pemuda Kawasan itu diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Semasa membentangkan usul tersebut, wakil Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi berkata kedurjanaan, kecurangan dan kebiadapan pemimpin kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia.

“Mereka mesti disiasat dan diheret ke muka pengadilan kerana membelakangkan undang-undang kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel selain membazirkan duit rakyat dan mungkin berlakunya penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan undang-undang negara dibelakangkan,” ujarnya.

Mesyuarat agung yang diadakan di Pejabat PAS Cawangan Paya Dalam, Ayer Molek itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman dan Adun DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

Tiada ulasan: