"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS belanja RM5 billion, UMNO RM150billion 50 tahun

albangi
Apalah nak heboh sangat dengan pengakuan blogger spt Kickdafella bila dia kata kononnya PAS biaya RM4juta untuk jatuhkan Pak Lah

Ada tiga perkara nak sanggah hujjah katun Kick ni

1. Tak ada bukti atas kertas yang PAS bagi dia RM4juta pembiyaan padanya nak jatuhkan Pak Lah.

2. Kick ta pembiayaan RM4juta itu dalam bentuk urusan pejabat syarikat, itu belanja operasi. Itu biasa aja

3. PAS tak perlu bagi duit pada Kick kalau nak jatuhkan Pak Lah. Orang PAS dah belanja lebih dari R4 juta nak jatuhkan UMNO dan BN melalui aktiviti PAS, infrastruktur PAS, belanja ceramah PAS, belanja akhbar PAS, belanja aktiviti PAS, belanja urusan pejabat PAS seluruh Malaysia, belanja fotostat kertas kerja seminar PAS dll. Ramai orang PAS, pimpinan PAS, bekas pimpinan, ADUN dan bekas ADUN, pegawai kerajaan, orang ramai dan orang korporat bagi duit pada PAS untuk aktiviti PAS menentang UMNO. Dah berbillion ringgit dah. Agaknya dalam 50 tahun PAS ditubuhkan, PAS dah belajan RM5billion untuk tumbangkan UMNO dan UMNO pula dah belanja RM50billion nak kalahkan PAS dalam setiap pilihanraya, belanja saman PAS, belanja perangsaraf nak jatuhkan PAS, dan belanja beli undi dan beli ADUN PAS.

Hujjah Kick tak kukuh. Dakwaannya tak cukup kuat. Hanya mencari populariti. Dan hanya ingin divert/mengalih tumpuan orang ramai dari isu nasional yang menghantaui UMNO-BN kepada isu lain. Isu budak kena tembak, isu minyak Brunie-Malaysia, isu PRK Hulu Selangor.....dan banyak lagi.

Kick...good try, but not good enough. Try again.

Tiada ulasan: