profesor
Amat dukacita sekali sekalian rakyat 1Malaysia. Betul ke Mahathir ni seorang yang hebat ? Katanya gah di seluruh dunia. Ada yang kata dia ni juara dan wira dunia ketiga. Atau adakah semua ini auta belaka.
Bagaimana seorang Penasihat kepada sebuah konglomerat terbesar Malaysia , Petronas Mahathir dikatakan 'TIDAK TAHU' akan peristiwa kehilangan dua buah telaga iaitu L dan M, yang diserahkan kepada Brunei oleh seorang lagi bekas PM [ketika serahan itu Pak Lah PM lah] ?
Apa yang Mahathir buat selaku Penasihat Petronas ? Tak kan dengan pejabat , katanya di Tingkat 88 Menara Petronas KLCC , 1Floor lengkap dengan kemudahan paling canggih di dunia , dia tidur saja ke dalam office tu ?
Sudah menjadi satu kelucuan terhebat di dunia moden hari ini , bilamana seorang Penasihat tidak mengetahui apa yang dibuat dalam satu organisasi yang dikawal selia olehnya.
Membazirkan duit Petronas saja membayar elaun Penasihat dan tidak mendatangkan apa - apa faedah meletakkan beliau di situ , sekiranya kesilapan sebegitu besar tidak diketahuinya. Adakah beliau turut sama tertidur dengan Pak Lah
Sudah lah sepanjang pemerintahannya , kata khabarnya sejumlah RM650 Billion duit Petronas dibelanjakan ikut suka hati dia saja.
Satu usul perlu dibuat oleh Pakatan Rakyat , samada dalam Persidangan Parlimen atau kalau perlu dihantar MEMORANDUM kepada DYMM Agung supaya Mahathir dipecat dari jawatan Penasihat Petronas.
Siapa yang lantik Mahathir sebagai PENASIHAT Petronas ni ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan