"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peratusan keluar mengundi terendah perlu diberi perhatian

HarapanDaily.com

K PRAGALATH

Semua parti politik perlu bermuhasabah berikutan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah, kata penganalisa politik Wong Chin Huat.

“Ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua parti politik kerana ia tidak disebabkan faktor cuaca semata-mata.

“Peratusan keluar mengundi yang sangat rendah pada kadar 47.3 peratus adalah terendah dalam kalangan semua pilihan raya kecil.

“Jumlah undi juga berkurangan sebanyak 39,250 undi, iaitu penurunan dari 118,066 undi kepada 78,816 undi, meskipun jumlah pengundi meningkat 1,340 orang.

“Mengapakah 39,250 orang memilih untuk tidak mengundi?” kata Wong.

Penganalisa politik dari Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC) dan Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia berkata demikian ketika mengulas kemenangan Suhaizan Kaiat dari AMANAH di parlimen Pulai.

Calon PH-BN menang dengan majoriti 18,641 undi meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 528.

Peratus keluar mengundi 47.37 peratus.

Menurut Wong majoriti yang diperoleh Suhaizan juga berkurangan sebanyak 16717 undi berbanding 64,900 undi semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Jika jumlah undi PH-BN ketika PRU-15 digabungkan, terdapat penurunan sebanyak 48,343 undi. Mengapakah pengundi PH-BN tidak keluar mengundi?

“Jika sebahagian besar undi datang dari BN maka PH sendiri telah kehilangan 16,717 undi di situ. Jika majoriti undi dari PH, maka pemindahan undi Umno tidak menjadi.

Wong turut mengulas dari sudut Perikatan Nasional.

“PN memperoleh tambahan 8,945 undi berbanding keputusan PRU-15. Ini meninjukkan pemindahan undi Umno kepda PN lebih lemah seperti di Selangor dan Pulau Pinang. Ia kerana Umno lebih kukuh.

“Ia juga menunjukkan PN ditolak meskipun ramai yang terkejut dengan keputusan mahkamah dalam kes presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.”

Mahkamah baru-baru ini melepaskan tanpa membebaskan Zahid dalam kes Yayasan Akal Budi.

“Gabungan Mahiaddin – Hadi – Mahathir telah kalah teruk. Mereka perlu menyahkan naratif kaum dan agama jika ingin memerintah Malaysia.”

Beliau berkata begitu merujuk kepada presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin, presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini bersama Parti Bumiputera Perkasa Malaysia.

Tiada ulasan: