HarapanDaily.com
Kemenangan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sekaligus menjadikan cita-cita Perikatan Nasional (PN) untuk menembusi Johor terbukti tidak berjaya sama sekali.
Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pusat, Noraini Nordin berkata, Bangsa Johor yang terkenal dengan semangat muafakat cenderung sepakat menolak politik adu domba, ekstremisme dan asyik menyalahkan kerajaan yang cuba dibawa oleh PN.
“Meskipun mereka bertungkus untuk mencipta sejarah di Johor melalui dua PRK ini, malah semua pemimpin besarnya juga turun berkempen, cubaan mereka akhirnya menemui kegagalan.
“Kegagalan PN bukan saja bererti suatu kejayaan buat PH, tetapi ia juga memperlihatkan Johor adalah negeri yang kalis untuk mereka cuba tembusi,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan