"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelemahan BN hanya bonus kecil / UBN Najib Altantuya


 KUALA TERENGGANU, 3 Okt. : PAS mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) agar tidak mudah melatah atau marah sekiranya ada pihak cuba mempertikaikan soal keperibadian calonnya apabila tempoh berkempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, bermula nanti.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, soal peribadi calon tidak boleh dielakkan daripada disentuh pada pilihan raya kecil itu memandangkan rakyat sendiri mahukan pemimpin bersih dan berakhlak mulia.

Beliau berkata, UMNO dan BN telah mengambil keputusan memilih Tan Sri Mohd Isa Samad yang mempunyai sejarah rasuah dan politik wang sebagai calon parti itu di Bagan Pinang. Katanya, atas keberanian tersebut, BN bertanggungjawab dan harus sentiasa bersedia menjawab segala tohmahan yang akan dilemparkan oleh mana-mana pihak terhadap BN kerana keperibadian calon sentiasa menjadi perhatian rakyat.

“Kita harus faham, pertentangan PAS dan UMNO bukanlah bersifat peribadi sebaliknya bersandarkan kepada perjuangan berbeza dan dalam pilihan raya, keperibadian calon tidak boleh dielakkan sebab rakyat mahu pemimpin berakhlak.

“Selepas mengumumkan Mohd Isa sebagai calon BN, kesimpulan boleh dibuat cukup mudah kerana ia jelas memberi gambaran sebenar mentaliti pemimpin dan penyokong UMNO serta BN,” katanya kepada Sinar Ha-rian, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin mengumumkan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu sebagai calon BN di Bagan Pinang manakala PAS pula mempertaruhkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohd Omar.

Azman Shapawi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu berkata, meskipun PAS mempunyai harapan cerah dengan pemilihan Mohd Isa namun parti itu tidak terlalu bergantung kepada kelemahan yang ada pada BN.

“Kelemahan BN itu adalah bonus kecil kepada PAS dan tidak terlalu bergantung padanya sebaliknya yakin dengan kebolehan jentera serta sokongan padu rakyat terhadap pakatan pembangkang yang semakin meningkat,” katanya.
-utaraonline.net-

Tiada ulasan: