Hazayani Zakaria foto Zamzarina Abdullah | |
TELUK KEMANG, 3 Okt: Proses penamaan calon pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang yang berlangsung pagi tadi sekali lagi menyaksikan lautan penyokong Pakatan Rakyat memenuhi jalan raya dan kawasan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Penyokong Pakatan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara turun memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Zulkefly Mohd Omar seawal jam lapan pagi tadi. Meskipun arahan terbaru Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen, namun ia tidak menghalang dua parti itu menunjukkan sokongan dari sudut lain. Buktinya, tidak boleh mengibarkan parti sendiri, mereka masing-masing mengibarkan bendera PAS menjadikan bendera PAS berkibaran di mana-mana sahaja mengalahkan bendera Barisan Nasional. Namun ada juga bendera PKR dan DAP kelihatan di celah-celah bendera PAS. Ini kerana larangan SPR itu tidak disertakan dengan bukti bahawa ada peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil. Seorang penyokong Pakatan Rakyat dari DAP, K Sarojadewi yang ditemui menyatakan rasa tidak puas hati terhadap larangan SPR yang disifatkan sengaja diada-adakan itu kerana mendakwa ianya mengurangkan kemeriahan dalam satu-satu pilihanraya. "Saya tak puas hati pasal SPR melarang parti selain parti yang bertanding mengibarkan bendera parti masing-masing. Kenapa SPR buat macam tu?Saya seratus peratus tak setuju. Biarlah semua parti kibar bendera. Barulah meriah,"katanya. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka. Namun, parti komponen Barisan Nasional sewaktu penamaan calon juga tidak mengendahkan larangan itu apabila banyak bendera MCA dan MIC dikibarkan. Ditanya mengenai sokongan terhadap calon PAS pula, Sarojadewi yang merupakan Ketua Wanita DAP Dun Senawang berkata, DAP menyokong penuh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly sebagai calon. Ujarnya, DAP tidak mempunyai apa-apa masalah dengan calon yang dipilih PAS dan hadir memberikan sokongan penuh kepada PAS pada hari ini. "Tak ada apa-apa masalah dengan calon dan PAS sendiri. Semua ok. Kami turun semata-mata untuk menunjukkan sokongan kami terhadap PAS,"ujarnya yang telah berada di kawasan penamaan calon seawal jam 7.30 pagi lagi bersama rakan-rakan yang lain. Dianggarkan hampir 50, 000 penyokong Pakatan Pakyat menyertai perarakan calon pagi tadi. Meskipun hujan lebat turun kira-kira 15 minit sewaktu perarakan, sedikit pun tidak mematahkan semangat para penyokong untuk terus menzahirkan sokongan terhadap calon PAS. Sebaliknya laungan takbir terus bergema menaikkan lagi semangat penyokong tidak kira Melayu, Cina atau India. Pilihanraya kali ini menyaksikan perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN. BN meletakkan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calonnya. Hari mengundi ditetapkan pada 11 Oktober ini. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Larangan kibar bendera parti tak bertanding tak jejaskan kemeriahan / UBN Najib Altantuya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan