Wan Ziarahsufi
Sedih melihat gelagat ahli politik Islam, wartawan, blogger yang semakin mengeruhkan keadaan. kepentingan kumpulan diutamakan, suara pimpinan dipilih muktamar tidak diakurkan. Tokoh luar jemaah cukup maksum dan diagung. Pimpinan jemaah diburuk sangka, pimpinan pilihan disembah.
Pendedahan TB dan Kickdefella terhadap maklumat rahsia jemaah cukup mengecewakan. Siapakah pemberi maklumat tersebut?..Semoga Allah melaknat pengkhianat itu.
Paling sedih orang yang membawa kickdefella ke dalam Kerajaan negeri dan PAS Kelantan masih senyum... bagai tak terasa bersalah. Paling kurang maklumkan kepada Harakah akan keterlanjurannya membawa pengkhianat ke dalam jemaah dan kerajaan kelantan.
Dengan kemudahan ICT sekarang, kita sendiri menjadi raja dan merdeka. Semua maklumat bukan lagi rahsia. maklumat itu tuhan.. sedang banyak maklumat perlu dirahsiakan..
Apabila rahsia didedahkan, jemaah akan kucar kacir. Ahli akan hilang kepercayaan kepada jemaah dan pimpinan.
...........................................................
Sebelum Mac 2008, berapa kali pimpinan PAS berjumpa dengan wakil UMNO berbincang secara rahsia?.. Rasa ada atau tidak..
Pada zaman TG Fadzil Noor, ada tak beliau berjumpa Anwar atau mana-mana pimpinan UMNO secara rahsia?
Perbincangan, perjumpaan dan cadangan bukanlah satu yang muktamad. PAS mengamalkan prinsip syura dan ada muktamar. Segala tindakan diputuskan dalam mesyuarat..
jangan risau... muktamar selalu menjaga keselamatan jemaah..
........................
Anak muda, jangan terpengaruh dengan emosi dan semangat kamu. Rasa kamu benar dan berhujah al Quran. Golongan khawarij pun berhujahkan al Quran.. Orang yang bunuh Saidina Ustman dan Ali pun berhujah al Quran. Hati-hati dengan semangat dan idealismemu.. jangan diangkatkan sangat retorikmu... jangan ditipu oleh sebilangan kaum tua yang terpinggir dan mempergunakanmu... Siasah bukan tuhan..
Jangan sampai kamu mencipta sejarah menjadi Ezam, Ruslan Kasim.... Bersemangat, jalur keras akhirnya tumbang menjilat UMNO..
Cerita berusrah dengan ABIM dan pencinta perlembagaan hanya fantasia lama. cuba tanya adakah kamu berusrah sekarang?.
http://ziarahsufi81.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan