"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara G Palanivel dan Md Taib, siapa bakal tersungkur?

Angkasanuri
Dalam keghairahan BN untuk menawan kerusi parlimen Hulu Selangor kini mereka berdepan konflik dan dilemma parti mana dari BN yang layak bertanding.

Sebaliknya di pihak Pakatan Rakyat tidak timbul sebarang isu parti mana yang bakal bertanding. Dato Seri Tuan Guru Hj. Hadi, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang semuanya seia sekata, mencapai muafakat Hulu Selangor adalah kerusi milik PKR.

Sama ada MIC atau Umno bakal mencetuskan pergeseran terbaru dalam BN. Jika MIC melalui calonnya Datuk G Palanivel yang bertanding sudah pasti Umno yang mendakwa pejuang Melayu menerima tamparan hebat.

Tetapi saya yakin, pengundi dari Umno yang tegar kalau BN mencalonkan tunggul kayu pun mereka tetap akan pangkah juga!

Sebaliknya jika Umno yang bertanding melalui calon pilihan utama Tan Sri Muhamamad Md. Taib sudah pasti akan mencetuskan undi protes di kalangan pengundi kaum India.

Ahli dan penyokong MIC pasti merasakan mereka cuma komponen kelas tiga dalam BN. Bukan sahaja memberi kesan kepada pengaruh pengundi India kepada BN dalam pilihanraya kecil ini tetapi juga dalam pilihanraya umum akan datang.

Apa yang menarik kem Palanivel dan Md. Taib sudah memulakan kempen yang agresif di Hulu Selangor.

Cuma kita menanti siapa yang bakal tersungkur dan siapa yang bakal bertepuk tangan dan bersorak gembira sama-sama kita tunggu.

Kalau soal calon pun tak boleh nak selesai dan mencapai sefahaman bagaimana kita hendak mengarapkan mereka mentadbir negara?Ternyata perpaduan yang mereka cuba tunjukkan selama ini cuma retorik dan lakonan semata-mata.

Tiada ulasan: