"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Masyarakat Felda Terbela Di Tangan Pakatan Rakyat

ULU BERNAM: Nasib masyarakat felda di Selangor jauh lebih terbela di tangan pemerintahan Pakatan Rakyat berbanding dalam cengkaman Barisan Nasional, berdasarkan dua tahun pentadbiran mutakhir di negeri ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan kepimpinan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam usaha merakyatkan ekonomi ke semua kaum dan lapisan masyarakat.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau prihatin dengan masalah peneroka Felda dan berusaha membawa perkara itu ke peringkat tertinggi.

"Yang penting, dia janji, dia tunaikan. Itu baru dua tahun perintah. Kita janji air, dah selesai. Orang mati, ada tabung khairat..Saya dengar tadi dia janji seperti mana dia bincang beberapa bulan yang lalu.

"Saya baru masuk pejabat selaku Penasihat Ekonomi Selangor, ada bincang masalah tanah. Tanah termasuk dalam kawasan Felda. Malah, saya janji akan bawak masalah felda ke Parlimen," katanya.

Anwar sebaliknya menyelar tindakan kerajaan Selangor pimpinan Umno Barisan dahulu yang hanya pandai menabur janji kononnya mahu menyelesaikan masalah rakyat tapi mereka tidak pernah menunaikannya.

"Bayangkan. Hendak tolong Melayu kena lapan tahun tunggu, akhirnya 10 tahun tunggu pun tak dapat. Tapi, Menteri Besar Pakatan Rakyat cakap, terus selesai masalah dengan cepat," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: